Pernah tak, ada satu masa dalam kehidupan kita ni kita rasa susah, kita rasa ujian yang datang tu bertimpa-timpa? Mesti pernah kan? Kita duduk sendirian di sudut bilik dan menangis sepuasnya sampai bengkak mata-mata. Apa yang banyak kita persoalkan ketika itu? Biasanya, kita akan tanya pada orang sekeliling, "KENAPA AKU?" Dan jawapan kita biasa dapat ialah Sebab Allah sayang kau. Sebab kau mampu. Sebab kau istimewa. Sebab kau ada kami sebagai kekuatan. Namun, sejauh mana kita mengerti setiap ujian itu sebab Allah sayang? Bagaimana nak yakinkan diri bahawa sebenarnya kita diuji sebab kita mampu? Apa yang membolehkan kita yakin kita benar istimewa? Adakah betul orang sekeliling kita boleh membantu dalam menyalurkan kekuatan? Semua persoalan itu akan perlahan-lahan menemui jawapan sekiranya kita menilai menggunakan Hati. Sekiranya hati yang kita membina keyakinan dan sentiasa menyimpan hanya perkara yang positif di hati akan melahirkan pemikiran dan mempengaruhi tindakan yang ...