Saat aku berasa terluka,
Saat aku dihimpit lara,
Dihujani dengan ujian yang menguji aku sebagai hamba,
Aku memilih satu sahaja Ya Tuhan iaitu memendamkan,
Lalu aku luahkan padaMu kerana aku tahu Engkau Maha Mengetahui,
Tanpa aku cerita, Engkau sudah lama mampu membaca,
Dan aku tahu sebenarnya tika itu aku memilih untuk menangis,
Semata untuk mencari makna kuat,erti sabar dan hebat syukur.
Wahai Tuhan,
Jadikanlah aku wanita yang kuat
Yang mampu bertahan walaupun digemparkan dengan petir dan kilat.
Wahai Tuhan,
Jadikanlah aku insan yang sabar
Walau terkadang kepercayaan dan kekuatan aku tercabar.
Wahai Tuhan,
Jadikanlah aku hamba yang bersyukur
Walau terkadang badai melanda menolak aku hingga tersungkur.
Aku yakin dan aku percaya
Hanya padaMu dapat aku meminta dan mengemis
Walau akhirnya aku memilih untuk menangis
Kerana aku juga percaya,
Menangis bukan tanda aku lemah
Tetapi tanda aku kuat dan boleh bangun ketika rebah.
Dan semuanya, kerana aku adaMu Tuhan.
Andai aku jatuh dan air mata tumpah lagi,
Aku harap tika itu aku masih percaya.
Selepas hujan badai, akan hadirnya...
Pelangi.
#BicaraHati
#MenulisSambilMencariKekuatanDiri
27 Jun 2019 | 23 Syawal 1440H | 1030 | Nilai,Negeri Sembilan
p/s: Nukilan hampir setahun yang lalu. Dan hari ini, masih berbicara hal yang sama. Semoga kekuatan itu akan menjadi milik kita sentiasa.
Comments
Post a Comment