Lama tak meluahkan cerita kat sini. Kepada yang menjadi sahabat, ketahuilah ini luahan tentang anda.
Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih dan sayang di antara mereka adalah umpama sebuah tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.
-Hadis Riwayat Muslim-
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan mati.
Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.
-Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim-
Ha, macamtulah betapa besarnya peranan seorang sahabat. Kita bukan semata nak bersahabat di dunia tetapi berharap juga dapat bersahabat di syurga Allah kelak InsyaAllah.
Tips berhijrah dengan kekuatan ukhwah:
- Sentiasa berpesan-pesan pada kebenaran dan menegur pada kesalahan. Bersikap terbuka untuk menerima semua nasihat. Jangan mudah sentap. Sentap tapi nak berubah tu perlu, sentap tapi sekadar nak marah tu tak perlu.
- Sentiasa melakukan aktiviti berfaedah dan ingatkan tentang Allah membuatkan perjalanan hijrah kita lebih indah. Kekuatan ukhwah pun dapat, hijrah menuju keredhaan Allah pun dapat. Itulah gambaran bersahabat sampai syurga.
- Jangan pernah berkira dengan ilmu yang kita ada. Berkongsi untuk kekuatan iman bersama. Kongsi kan lebih baik. 💖
- Beri peluang untuk sahabat berubah. Ingat, beri pesanan bukannya menghukum. Kita tak layak untuk menghakimi sesiapa.
- Bersahabat tanpa pilih bulu. Jangan ingat kalau kita ni perasan baik hanya boleh kawan dengan orang yang kita rasa baik je. Penilaian kita belum tentu tepat. Kita sendiri pun kadang-kadang sesat. Tuntun yang tak baik, perbaiki yang baik untuk jadi yang lebih baik.
- Sama-sama berjuang tanpa meninggalkan sesiapa di belakang. Berjalan seiringan walau mungkin "pace" berbeza. Kita boleh. Itulah hikmah sabar.
Love, Haura.
Nice sharing sis
ReplyDelete