Skip to main content

Popular posts from this blog

Ujian itu Menguatkan Bukan Melemahkan

Pernah tak, ada satu masa dalam kehidupan kita ni kita rasa susah, kita rasa ujian yang datang tu bertimpa-timpa? Mesti pernah kan? Kita duduk sendirian di sudut bilik dan menangis sepuasnya sampai bengkak mata-mata. Apa yang banyak kita persoalkan ketika itu? Biasanya, kita akan tanya pada orang sekeliling, "KENAPA AKU?" Dan jawapan kita biasa dapat ialah  Sebab Allah sayang kau. Sebab kau mampu. Sebab kau istimewa. Sebab kau ada kami sebagai kekuatan. Namun, sejauh mana kita mengerti setiap ujian itu sebab Allah sayang? Bagaimana nak yakinkan diri bahawa sebenarnya kita diuji sebab kita mampu? Apa yang membolehkan kita yakin kita benar istimewa? Adakah betul orang sekeliling kita boleh membantu dalam menyalurkan kekuatan?  Semua persoalan itu akan perlahan-lahan menemui jawapan sekiranya kita menilai menggunakan Hati. Sekiranya hati yang kita membina keyakinan dan sentiasa menyimpan hanya perkara yang positif di hati akan melahirkan pemikiran dan mempengaruhi tindakan yang ...

Memilih Untuk Menangis

Saat aku berendam air mata,  Saat aku berasa terluka,  Saat aku dihimpit lara,  Dihujani dengan ujian yang menguji aku sebagai hamba, Aku memilih satu sahaja Ya Tuhan iaitu memendamkan,  Lalu aku luahkan padaMu kerana aku tahu Engkau Maha Mengetahui,  Tanpa aku cerita, Engkau sudah lama mampu membaca, Dan aku tahu sebenarnya tika itu aku memilih untuk menangis,  Semata untuk mencari makna kuat,erti sabar dan hebat syukur.  Wahai Tuhan,  Jadikanlah aku wanita yang kuat  Yang mampu bertahan walaupun digemparkan dengan petir dan kilat.  Wahai Tuhan,  Jadikanlah aku insan yang sabar  Walau terkadang kepercayaan dan kekuatan aku tercabar.  Wahai Tuhan,  Jadikanlah aku hamba yang bersyukur  Walau terkadang badai melanda menolak aku hingga tersungkur.  Aku yakin dan aku percaya  Hanya padaMu dapat aku meminta dan mengemis  Walau akhirnya aku memilih untuk menangis  Kerana aku juga percaya,  Mena...

Bersahabat Sampai Syurga

💓  Lama tak meluahkan cerita kat sini. Kepada yang menjadi sahabat, ketahuilah ini luahan tentang anda.  Aku selalu kata aku perlu hijrah daripada aku yang lama. Berhijrah untuk menjadi yang lebih baik. Daripada tudung pendek, perlahan-lahan aku belajar untuk bertudung sikit labuh. Walau mungkin belum sepenuhnya sempurna, tetapi ia dalam perjalanan. Perjalanan yang menuntut banyak pengorbanan. Dan kenapa aku masih kuat hingga sekarang? Salah satunya aku dikurniakan Allah sahabat-sahabat yang tak henti memberi pesan, yang tak jemu doakan dan yang sentiasa ada untuk teman.  Dari Nu'man bin Basyir R.A, Rasulullah bersabda: Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih dan sayang di antara mereka adalah umpama sebuah tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.                    -Hadis Riwayat Muslim-   Teman yang paling baik adalah apab...