Skip to main content

20 Tips Untuk Rajin Baca Buku :D

💬

  1. Listkan buku-buku yang dah berjaya menarik minat untuk dibaca. Lagi bagus, kalau dah decide niche area sendiri. Tapi jangan takut yang niche area akan berubah, we're adapting. 😊 
  2. Have a conducive work station. *kena bersih, kemas dan tersusun. A good lighting pun penting gak. Kalau tak, kita tend to mudah mengantuk.
  3. Mulakan baca buku ikut gaya kita. Ada orang suka mula belakang. Ada orang suka mula tengah. Ikut suka.
  4. Asingkan buku yang 'in plan' untuk dibaca. Ini untuk motivasi so kita akan rasa tak banyak pun buku yang perlu dibaca. *kadang-kadang bila banyak sangat, mind set mudah kata malas. 
  5. Pilih buku ikut penulis yang kita prefer. Semua orang ada pendapat dan kecenderungan masing-masing. Draw your interest 'design and colours'.
  6. Catat apa yang dah dibaca. Tak kesah kat mana-mana. Buku nota ke, share kat ws status ke, kat mana-mana pun xpe. Tapi pastikan kita nampak. So, kita akan termotivasi to write more.
  7. Baca review sebelum beli buku. Ni penting untuk selarikan dengan minat, nanti tak adalah buku banyak tapi tak baca. Ingat rak buku akan tolong bacakan? 😌
  8. Letakkan matlamat dalam pembacaan. Macam, apa nak gain semua. So, tidak lah kita baca tanpa halatuju. Risau sesat, last-last sesat dalam mimpi. Sebab tertidur. 
  9. Posture badan semasa membaca. Biasakan buku berada pada paras 'eye level'. Ni tips nak elak ngantuk. Badan biar relax. Tapi jangan terlalu lentok. Nanti badan mudah respon bosan.
  10. Letakkan matlamat. Contoh macam satu buku sebulan ke, satu buku seminggu ke. Janji ada target. Baru lah lebih semangat. 
  11. Balut buku cantik-cantik. Ha, barulah ada semangat nak baca. Buku pun tak cepat rosak. Tak ada lah kalau tiba-tiba tertumpah air tu kan, terus tak nak baca dah buku tu yelah sebab buku dah rosak. At least ada protection kan.
  12. Cover buku main peranan. Kalau boleh, pilih buku yang ada cover buku yang ada warna striking. Ha, yang malas baca pun bila tengok je buku terus rasa nak baca.
  13. Kalau baru nak start, pilih buku yang guna bahasa penyampaian yang santai, barulah lebih menarik nak baca. Ini tips penting kalau nak mula baca buku dengan pembawaan berat. Mulakan dengan baca buku yang lebih ringan. Tak rasa berat sangat.
  14. Kalau baru-baru berjinak dengan baca buku, jangan baca secara terus-menerus. Baca sikit-sikit. Sehelai sehari pun tak apa. Janji ada progress. Kalau tak, nanti mata kita akan cepat penat jadi akan cepat bosan. 😅
  15. Letakkan diri kita dalam apa sahaja bahan bacaan kita.Contohnya bila kita tengah baca buku pasal undang-undang, ha, anggaplah kita ni peguam. Kalau tengah baca buku motivasi, anggaplah macam kita sedang menerima sesi terapi. Barulah kita rasa berminat berterusan.
  16. Wujudkan suasana yang baik. A good lighting, pastu nyaman je. Macam dalam bilik bacaan, baca kat taman ke, baca tepi laut ke, anywhere yang  selesa dan menenangkan. Barulah tak rasa tekanan. Lama-lama nanti dalam situasi apa pun kita boleh membaca.
  17. Cari geng yang ada minat membaca yang sama. Macam bila kita minat puisi, kita cari geng yang sama-sama minat puisi. Berkongsi minat dan idea. Barulah kita rasa semangat.
  18. Kalau rasa rimas nak baca buku secara fizikal, baca e-book pun tak apa. Janji minat membaca tu ada. 😆
  19. Biasakan 'highlight' apa-apa ayat yang kita rasa kita suka. Nanti senanglah kita nak take note main points buku yang dah dibaca. 
  20. Yang penting, ubah mind set anda. Membaca tu bukan perlukan minat yang utama. Tapi memerlukan langkah yang pertama. Mulakan sekarang. Anda boleh. Chaiyokkk. Ramai yang ada kalau perlukan semangat untuk terus membaca. Selamat membaca. 💕

Comments

Popular posts from this blog

Ujian itu Menguatkan Bukan Melemahkan

Pernah tak, ada satu masa dalam kehidupan kita ni kita rasa susah, kita rasa ujian yang datang tu bertimpa-timpa? Mesti pernah kan? Kita duduk sendirian di sudut bilik dan menangis sepuasnya sampai bengkak mata-mata. Apa yang banyak kita persoalkan ketika itu? Biasanya, kita akan tanya pada orang sekeliling, "KENAPA AKU?" Dan jawapan kita biasa dapat ialah  Sebab Allah sayang kau. Sebab kau mampu. Sebab kau istimewa. Sebab kau ada kami sebagai kekuatan. Namun, sejauh mana kita mengerti setiap ujian itu sebab Allah sayang? Bagaimana nak yakinkan diri bahawa sebenarnya kita diuji sebab kita mampu? Apa yang membolehkan kita yakin kita benar istimewa? Adakah betul orang sekeliling kita boleh membantu dalam menyalurkan kekuatan?  Semua persoalan itu akan perlahan-lahan menemui jawapan sekiranya kita menilai menggunakan Hati. Sekiranya hati yang kita membina keyakinan dan sentiasa menyimpan hanya perkara yang positif di hati akan melahirkan pemikiran dan mempengaruhi tindakan yang ...

REZEKI : Rahsia Yang Tak Pernah Tersalah Alamat

  Rezeki itu satu ujian? Kenapa? Sebab bagaimana mata hati kita memandang rezeki itu yang menjadi ukuran. Rezeki yang melimpah ruah ujiannya untuk disyukuri, rezeki yang terkadang susah ujiannya untuk tak henti diusahakan, tawakkal dengan janji pasti Illahi.  Ada masanya kita mengeluh. Merasakan rezeki kita sempit. Meniaga tapi tak maju, mohon kerja tapi tak dapat-dapat. Itu belum lagi cerita usaha nak nikah tapi Allah masih belum permudahkan jalan, ada yang nak anak tapi belum waktunya. Ada yang nak sambung belajar tapi komitmen hadir untuk mengikat. Ada yang nak kejar cita-cita tapi ruang masa dan tenaga membuatkan impian tersekat. Banyak cerita, tetapi hakikatnya membicarakan satu perkara, Rezeki.  Rezeki? Apa sebenarnya rezeki? Ada yang memandang harta 7 keturunan, duit berkepuk-kepuk itu sebagai manifestasi rezeki. Tambah pula dengan rumah besar, kereta mewah, dipandang sebagai rezeki rumah. Namun, sejauh mana betulnya pandangan ini?  Hakikatnya, rezeki itu tak ...

Memilih Untuk Menangis

Saat aku berendam air mata,  Saat aku berasa terluka,  Saat aku dihimpit lara,  Dihujani dengan ujian yang menguji aku sebagai hamba, Aku memilih satu sahaja Ya Tuhan iaitu memendamkan,  Lalu aku luahkan padaMu kerana aku tahu Engkau Maha Mengetahui,  Tanpa aku cerita, Engkau sudah lama mampu membaca, Dan aku tahu sebenarnya tika itu aku memilih untuk menangis,  Semata untuk mencari makna kuat,erti sabar dan hebat syukur.  Wahai Tuhan,  Jadikanlah aku wanita yang kuat  Yang mampu bertahan walaupun digemparkan dengan petir dan kilat.  Wahai Tuhan,  Jadikanlah aku insan yang sabar  Walau terkadang kepercayaan dan kekuatan aku tercabar.  Wahai Tuhan,  Jadikanlah aku hamba yang bersyukur  Walau terkadang badai melanda menolak aku hingga tersungkur.  Aku yakin dan aku percaya  Hanya padaMu dapat aku meminta dan mengemis  Walau akhirnya aku memilih untuk menangis  Kerana aku juga percaya,  Mena...