Budaya "prank" bukanlah satu budaya yang lagi asing dalam kehidupan masyarakat dan semakin hari semakin mendapat tempat bukan semata di negara luar malah di negara Malaysia yang majoritinya berketurunan Melayu ini sendiri. Betapa sebenarnya tanah berdaulat ini dicemari oleh sambutan yang tidak langsung memberi apa-apa kepentingan buat mana-mana pihak. Terikut dengan budaya ini sebenarnya meletakkan seseorang dalam keadaan bahagia yang sememangnya tak tahu punca yang mendatangkan makna bahagia. Bahagia ke melihat sahabat kita terkulat-kulat tak faham dengan apa yang berlaku. Bukan nak kata tak marah tapi akhirnya hanya dipasangkan dengan senyuman palsu. Itu belum lagi reaksi mereka dirakam dan diviralkan di pelbagai media sosial. Betapa banyaknya mereka yang terikut, dalam sehari kita 'scroll' akaun media sosial kita, pasti akan ada sekurang-kurangnya satu video yang menyebarkan respon "prank" yang d...