Budaya "prank" bukanlah satu budaya yang lagi asing dalam kehidupan masyarakat dan semakin hari semakin mendapat tempat bukan semata di negara luar malah di negara Malaysia yang majoritinya berketurunan Melayu ini sendiri. Betapa sebenarnya tanah berdaulat ini dicemari oleh sambutan yang tidak langsung memberi apa-apa kepentingan buat mana-mana pihak.
Terikut dengan budaya ini sebenarnya meletakkan seseorang dalam keadaan bahagia yang sememangnya tak tahu punca yang mendatangkan makna bahagia. Bahagia ke melihat sahabat kita terkulat-kulat tak faham dengan apa yang berlaku. Bukan nak kata tak marah tapi akhirnya hanya dipasangkan dengan senyuman palsu. Itu belum lagi reaksi mereka dirakam dan diviralkan di pelbagai media sosial.
Betapa banyaknya mereka yang terikut, dalam sehari kita 'scroll' akaun media sosial kita, pasti akan ada sekurang-kurangnya satu video yang menyebarkan respon "prank" yang dirancang. Itu sudah cukup nak cerita betapa budaya ini telah berubah menjadi seperti budaya yang biasa dan sebati dalam masyarakat. Tidak dibantah apatah lagi disokong oleh netizen yang menonton dan berkongsi rakaman video tersebut.
Sebenarnya, tanpa sedar budaya ini hanyalah membawa satu mesej moral yang salah seakan membenarkan penipuan diadakan; hanya dengan menggunakan tiket menukar terma menipu kepada "prank". Dulu, biasanya "prank" ini akan berlaku semasa April Fool. Sekarang ni, ramai yang lebih memilih Everyday Fool. And it is not okay and will never one.
Kalaulah budaya ini mendatangkan apa-apa manfaat, masakan video ini mampu mengundang kemarahan dan komen negatif beberapa pihak. Sudahlah tidak membawa manfaat yang jelas, malah menyusahkan orang lain. Bayangkan ada yang sanggup "prank" kawan sendiri sehinggakan menjatuhkan maruah rakannya. Dan respon yang menyusun rancangan hanyalah ketawa tanpa sebab.
Akhirnya, kita sudah hilang rasa hormat. Bayangkan kalaulah ada yang sanggup membuat "prank call" untuk perkhidmatan foodpanda sehingga sanggup membiarkan rider menunggu hampir berjam sudah cukup zahirkan kita sudah hilang hormat hanya sebab terkejar trend. Itu belum lagi "prank" beli barang tak bayar, seakan kita tak hormat peniaga tersebut. Apabila semuanya dirakam dan dikongsi tanpa sekatan lebih daripada cukup untuk ceritakan betapa kita melebihi had hormat pada seseorang.
Akhir kalam, semoga kita bebas daripada terpengaruh dengan budaya mempermainkan orang lain sehinggakan kita tak lagi mengenal erti menghormati orang lain. Ingat, tak perlu terkejar "trend" sehingga lupa adat budaya. Resmi budaya kita menekankan kesopanan apatah lagi memelihara tinggi maruah seseorang.
Comments
Post a Comment