Skip to main content

Bila Kita Rasa Susah



Kita diuji untuk menguatkan bukan untuk melemahkan.

Ada masanya kita rasa susah, mungkin kesempitan dari segi kewangan, kesihatan mahupun diuji dengan apa jua sisi ujian kehidupan. Ketika itu, hati kita mudah untuk mempersoalkan, kenapa kita yang dipilih untuk teruji begini, mengapa kita yang diletakkan dalam keadaan begitu dan begini dan sebagainya. Mata kita ketika itu hanya akan nampak diri kitalah paling susah, ujian kitalah paling besar. Paling penting, kita akan rasa kira lemah, tak mampu buat apa-apa untuk memperbetulkan keadaan. Bermula dari situ, kita mulai hilang jejak diri sendiri, 
Sesungguhnya selepas setiap daripada kesulitan, pasti akan ada kesenangan. (Surah Al-Insyirah: 5)
Allah sendiri berjanji, setiap daripada kesusahan yang kita rasa, pasti akan ada kesenangan selepasnya. Bagaikan ada pelangi selepas hadirnya hujan. Sebab itu, kita kena yakin yang tak ada kesusahan yang tiada penghujung. Jadi, tak perlu bersedih lama-lama hanya mengenang kesusahan; bangkit daripada kesusahan tersebut. Walau susah, nak tak nak itulah pilihan yang terbaik. 

Macammana nak terus kuat melawan badai yang melanda? Banyakkan tengok kesusahan orang lain berbanding melihat kesusahan sendiri. Kenapa? Sebab dengan melihat kesusahan orang lain, tanpa kita sedar, air mata mengalir untuk mensyukuri dengan keadaan diri sendiri. Percaya atau tidak, walau susah mana pun perjalanan kita, pasti akan tetap ada nikmat yang boleh untuk kita syukuri dan hargai. Dan itulah hadiah daripada kesusahan yang Allah tulis dalam cerita hidup kita. 

Kita mungkin rasa diri kita susah. Perit hadap kehidupan yang bagai ombak, naik turunnya cepat. Tapi tanpa sedar, ramai lagi yang susah daripada kita. Ada yang nak isi perut pun susah, malah ada yang tak punya tempat berteduh pun. Hujan dan panas hanya berbumbungkan langit dan berlantaikan bumi, Sedangkan kita, masih mampu untuk terbaring lena dan selesa di atas katil empuk, hanya mungkin teruji dengan masalah kehidupan yang sederhana. Apa alasan kita untuk masih tak bersyukur?

Masalah yang kebanyakan masa sebati dalam diri kita adalah apabila kita suka bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Sentiasa rasa nak setara dengan orang lain. Rasa tak cukup dan perbandingan yang tak perlu ini hanya meletakkan diri kita dalam keadaan yang sentiasa nak meminta lebih tanpa melihat apa yang kita ada, dan kerana itu kita rasa diri kita susah, Sebab itu, sentiasa ambil masa pandang apa yang kita ada, bukan apa yang kita tiada. Dari situ, kita belajar, janji Allah itu benar. Mungkin kita diuji, tetapi masih banyak untuk disyukuri. Dan, akan ada kesenangan selepas setiap kesusahan. Semuanya, bergantung pada kita mampu untuk menilainya ataupun tidak. 

Love, Haura.


Comments

Popular posts from this blog

Ujian itu Menguatkan Bukan Melemahkan

Pernah tak, ada satu masa dalam kehidupan kita ni kita rasa susah, kita rasa ujian yang datang tu bertimpa-timpa? Mesti pernah kan? Kita duduk sendirian di sudut bilik dan menangis sepuasnya sampai bengkak mata-mata. Apa yang banyak kita persoalkan ketika itu? Biasanya, kita akan tanya pada orang sekeliling, "KENAPA AKU?" Dan jawapan kita biasa dapat ialah  Sebab Allah sayang kau. Sebab kau mampu. Sebab kau istimewa. Sebab kau ada kami sebagai kekuatan. Namun, sejauh mana kita mengerti setiap ujian itu sebab Allah sayang? Bagaimana nak yakinkan diri bahawa sebenarnya kita diuji sebab kita mampu? Apa yang membolehkan kita yakin kita benar istimewa? Adakah betul orang sekeliling kita boleh membantu dalam menyalurkan kekuatan?  Semua persoalan itu akan perlahan-lahan menemui jawapan sekiranya kita menilai menggunakan Hati. Sekiranya hati yang kita membina keyakinan dan sentiasa menyimpan hanya perkara yang positif di hati akan melahirkan pemikiran dan mempengaruhi tindakan yang ...

REZEKI : Rahsia Yang Tak Pernah Tersalah Alamat

  Rezeki itu satu ujian? Kenapa? Sebab bagaimana mata hati kita memandang rezeki itu yang menjadi ukuran. Rezeki yang melimpah ruah ujiannya untuk disyukuri, rezeki yang terkadang susah ujiannya untuk tak henti diusahakan, tawakkal dengan janji pasti Illahi.  Ada masanya kita mengeluh. Merasakan rezeki kita sempit. Meniaga tapi tak maju, mohon kerja tapi tak dapat-dapat. Itu belum lagi cerita usaha nak nikah tapi Allah masih belum permudahkan jalan, ada yang nak anak tapi belum waktunya. Ada yang nak sambung belajar tapi komitmen hadir untuk mengikat. Ada yang nak kejar cita-cita tapi ruang masa dan tenaga membuatkan impian tersekat. Banyak cerita, tetapi hakikatnya membicarakan satu perkara, Rezeki.  Rezeki? Apa sebenarnya rezeki? Ada yang memandang harta 7 keturunan, duit berkepuk-kepuk itu sebagai manifestasi rezeki. Tambah pula dengan rumah besar, kereta mewah, dipandang sebagai rezeki rumah. Namun, sejauh mana betulnya pandangan ini?  Hakikatnya, rezeki itu tak ...

Memilih Untuk Menangis

Saat aku berendam air mata,  Saat aku berasa terluka,  Saat aku dihimpit lara,  Dihujani dengan ujian yang menguji aku sebagai hamba, Aku memilih satu sahaja Ya Tuhan iaitu memendamkan,  Lalu aku luahkan padaMu kerana aku tahu Engkau Maha Mengetahui,  Tanpa aku cerita, Engkau sudah lama mampu membaca, Dan aku tahu sebenarnya tika itu aku memilih untuk menangis,  Semata untuk mencari makna kuat,erti sabar dan hebat syukur.  Wahai Tuhan,  Jadikanlah aku wanita yang kuat  Yang mampu bertahan walaupun digemparkan dengan petir dan kilat.  Wahai Tuhan,  Jadikanlah aku insan yang sabar  Walau terkadang kepercayaan dan kekuatan aku tercabar.  Wahai Tuhan,  Jadikanlah aku hamba yang bersyukur  Walau terkadang badai melanda menolak aku hingga tersungkur.  Aku yakin dan aku percaya  Hanya padaMu dapat aku meminta dan mengemis  Walau akhirnya aku memilih untuk menangis  Kerana aku juga percaya,  Mena...