Skip to main content

Hukum 'Lathi Challenge' Haram ?



 Hampir satu Malaysia kecoh sejak satu dua bulan ni dengan penularan 'Lathi Challenge' yang makin merebak. Not to offense anyone, here is my thought :
  • Kenapa kita nak buat sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah?
           Yes. Setuju je dengan 'clarification' pihak yang tertentu yang cuba menjelaskan makna lagu lathi tersebut dan menjelaskan bahawa lagu tersebut tidak membawa sebarang maksud pemujaan ataupun perkataan yang melanggar hukum syarak.  Kalau diikutkan, petikan lirik tersebut hanyalah berbentuk pesanan dalam seni kata bahasa yang sedikit asing untuk kita yang pertama kali dengar (orang Melayu lah especially). Tetapi hakikat yang tak boleh disangkal, kenapa kita nak meletakkan diri kita difitnah? Betul, stigma masyarakat tak boleh kita kawal dan kita ubah. Namun, kalau kita sendiri yang meletakkan diri kita untuk dibiarkan difitnah, mulanya pada salah siapa kalau bukan kita sendiri? Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. 
  • Membazir masa untuk sesuatu yang tak jelas manfaatnya?
            Sis ada bertanya kepada yang menyahut 'seruan' Lathi Challenge ni, berapa lama masa diambil untuk hasilkan sesuatu video? Katanya hampir 3 jam hanya untuk make-up. For me personally, banyaknya masa diambil hanya untuk perkara yang tak jelas manfaatnya di mana ni. Kalaulah masa tersebut diisi dengan benda lain yang lain yang lebih berfaedah, mesti berbaloi kan? Manfaat untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain. πŸ˜„ 

  • Betul ke haram?
            Rasanya, sis bukanlah orang yang tepat untuk menjawab tentang hukum haram ataupun tak. Tetapi, just my two cents, tak payah susah-susah meletakkan diri sendiri dalam fitnah. Kadang-kadang tu tanpa kita buat apa-apa pun orang nak mengata macam-macam inikan pula kita buat sesuatu yang meragukan. Kita kurangkanlah probability orang daripada buat dosa mengata kita. Siapa tahu, ada saham akhirat buat kita. Kedua, daripada kita buang masa buat benda yang kita sendiri tak tahu mesejnya apa,lebih baik kita pilih untuk melakukan yang jelas-jelas bagi manfaat. 

So, my point is bukan nak judge siapa-siapa. It's just rasa macam terpanggil nak kongsi. Ha, siapa tahu, lepasni lebih ramai yang kreatif yang nak 'create' challenge yang lebih bermanfaat. Nanti sis review challenge yang betul-betul halal pula. Ha, time tu kalau ada orang fitnah lagi, hati orang tu lah tu ada masalah. 😌

Comments

Popular posts from this blog

Ujian itu Menguatkan Bukan Melemahkan

Pernah tak, ada satu masa dalam kehidupan kita ni kita rasa susah, kita rasa ujian yang datang tu bertimpa-timpa? Mesti pernah kan? Kita duduk sendirian di sudut bilik dan menangis sepuasnya sampai bengkak mata-mata. Apa yang banyak kita persoalkan ketika itu? Biasanya, kita akan tanya pada orang sekeliling, "KENAPA AKU?" Dan jawapan kita biasa dapat ialah  Sebab Allah sayang kau. Sebab kau mampu. Sebab kau istimewa. Sebab kau ada kami sebagai kekuatan. Namun, sejauh mana kita mengerti setiap ujian itu sebab Allah sayang? Bagaimana nak yakinkan diri bahawa sebenarnya kita diuji sebab kita mampu? Apa yang membolehkan kita yakin kita benar istimewa? Adakah betul orang sekeliling kita boleh membantu dalam menyalurkan kekuatan?  Semua persoalan itu akan perlahan-lahan menemui jawapan sekiranya kita menilai menggunakan Hati. Sekiranya hati yang kita membina keyakinan dan sentiasa menyimpan hanya perkara yang positif di hati akan melahirkan pemikiran dan mempengaruhi tindakan yang ...

Bersahabat Sampai Syurga

πŸ’“  Lama tak meluahkan cerita kat sini. Kepada yang menjadi sahabat, ketahuilah ini luahan tentang anda.  Aku selalu kata aku perlu hijrah daripada aku yang lama. Berhijrah untuk menjadi yang lebih baik. Daripada tudung pendek, perlahan-lahan aku belajar untuk bertudung sikit labuh. Walau mungkin belum sepenuhnya sempurna, tetapi ia dalam perjalanan. Perjalanan yang menuntut banyak pengorbanan. Dan kenapa aku masih kuat hingga sekarang? Salah satunya aku dikurniakan Allah sahabat-sahabat yang tak henti memberi pesan, yang tak jemu doakan dan yang sentiasa ada untuk teman.  Dari Nu'man bin Basyir R.A, Rasulullah bersabda: Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih dan sayang di antara mereka adalah umpama sebuah tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.                    -Hadis Riwayat Muslim-   Teman yang paling baik adalah apab...

Memilih Untuk Menangis

Saat aku berendam air mata,  Saat aku berasa terluka,  Saat aku dihimpit lara,  Dihujani dengan ujian yang menguji aku sebagai hamba, Aku memilih satu sahaja Ya Tuhan iaitu memendamkan,  Lalu aku luahkan padaMu kerana aku tahu Engkau Maha Mengetahui,  Tanpa aku cerita, Engkau sudah lama mampu membaca, Dan aku tahu sebenarnya tika itu aku memilih untuk menangis,  Semata untuk mencari makna kuat,erti sabar dan hebat syukur.  Wahai Tuhan,  Jadikanlah aku wanita yang kuat  Yang mampu bertahan walaupun digemparkan dengan petir dan kilat.  Wahai Tuhan,  Jadikanlah aku insan yang sabar  Walau terkadang kepercayaan dan kekuatan aku tercabar.  Wahai Tuhan,  Jadikanlah aku hamba yang bersyukur  Walau terkadang badai melanda menolak aku hingga tersungkur.  Aku yakin dan aku percaya  Hanya padaMu dapat aku meminta dan mengemis  Walau akhirnya aku memilih untuk menangis  Kerana aku juga percaya,  Mena...