Sejak PKP haritu, ramai yang mengadu bosan kat rumah. Yelah, tak tahu apa nak buat, jadi kita mulai mencari-cari apa sebenarnya benda bermanfaat yang boleh kita lakukan. Sebab bosan ni lah yang akhirnya wujud macam-macam jenis 'challenge' yang pelik-pelik tapi akan 'trigger' kita untuk terkejar-kejar trend. Masa tu, sampai tak terfikir apa yang kita buat tu salah mahupun tak.
Salah satu challenge yang popular waktu pkp aritu ialah 'naked challenge' yang popular kat aplikasi tik tok. Popularnya challenge ni sampai disertai oleh masyarakat seluruh dunia. Sejauh-jauh Amerika Syarikat, China dan banyak lagi negara-negara gergasi lain yang terpalit dengan cabaran challenge yang sama.
Lebih menghairankan, remaja di Malaysia pun tak terlepas daripada demam challenge ni. Bayangkan, remaja Melayu, Islam lagi sanggup 'naked' depan kawan-kawan untuk tengok reaksi member. Tambahan lagi, sanggup rekod video untuk merakam aksi dan reaksi. Astaghfirullah.
Berkali-kali mengucap apabila ada orang yang minta untuk dengar pasal challenge ni untuk direview. Masa tu, satu je yang otak sis terfikir. Mana harga diri anak-anak remaja pewaris bangsa ni. Kenapa sampai macamtu sekali orang sanggup untuk memalukan diri sendiri demi populariti? Kenapa? Tak cukup lagi ke benda-benda yang memalukan yang kita dah lakukan? Apa yang mendorong kita sampai tahap nak terikut dengan challenge yang jauh daripada pedoman, panduan adat Melayu dan syariat Islam? Astaghfirullah. Besar dosa sis, sembang dakwah sana sini, tapi masih ada anak muda luar sana yang terlepas daripada mendapat nasihat dan apa yang boleh dan tak boleh dilakukan apatah lagi sampai tahap menjatuhkan harga diri!
Walau apa jua alasannya, tak perlu untuk terikut dengan benda yang sia-sia macamni. Harga diri tu terlalu mahal untuk digadaikan semata-mata untuk satu minit video yang mengaibkan diri sendiri. Sebagai anak muda, kita memikul tanggungjawab yang besar untuk memelihara aib diri sendiri. Kita aset penting buat agama dan bangsa. Jangan sampai kita tak mampu jadi aset, jadi liabiliti pula buat negara bangsa. Nauzubillah.
Semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah. :)
Love, Haura.
Huhuhuhu... Good sharing
ReplyDelete