Terinspirasi dengan kisah cinta Rudy Habibie dan Hasri Ainun.
.
Kisah cinta yang banyak mengajarkan tentang air mata, perjuangan dan pengorbanan.
.
Bagaimana walau bermula di buku yang berbeza, akhirnya boleh melakarkan kisah bukan hanya di buku yang sama malah di halaman yang serupa.
Perjalanan hidup
mereka berdua tak mudah. Keduanya berjuang dengan lelah dan darah untuk
mendapatkan apa yang diinginkan. Mereka mengajar cinta itu bukan soalnya dengan
siapa tetapi bagaimana kisah cinta itu berjalan dan dimanfaatkan. Satu cita
yang sama menyatukan dua figura hebat daripada bidang yang berbeza namun
memberi impak yang besar buat bangsa.
Benar, yang penting untuk kita fikirkan ialah apa rancangan kita di masa depan.
Cinta?
Cinta betul akan
membawa kebahagiaan. Tetapi satu yang kita tak boleh untuk nafikan, kita
mungkin perlu kehilangan cinta andai cinta yang ada tak mampu mendukung cita
atau tak mampu menjadikan diri kita lebih berguna.
Kehilangan?
Ada kala
perlu untuk kita rasakan agar kita lebih menghargai apa dan siapa yang selepas
itu mendatang. Percayalah, Allah memandang kita dengan cinta, tak ada yang
terlepas untuk mengecapi bahagia. Mungkin, jalannya tak sama seperti yang kita
rancangkan. Namun, itu bukan realiti sebuah pengakhiran. Siapa tahu, itulah
sebenarnya satu permulaan yang lebih membahagiakan.
Pembangunan negara?
Bergantung pada aspirasi kita sebagai generasi muda. Bagaimana kita mengatur
susunan tembok kemajuan, apakah perancangan struktur pembangunan, semuanya
bergantung kepada kita anak muda. Kita patut buka mata untuk melihat peri
pentingnya kita membangunkan cinta demi mencapai cita untuk kesejahteraan
agama, bangsa dan negara.
Comments
Post a Comment