Islam dan sains. Two areas that once believed to have clear contradistinction.
Dulunya, penuntut ilmu sains bagaikan menerima pandangan skeptikal daripada masyarakat. Kononnya, menuntut ilmu keduniaan semata. Tak kurang juga yang melemparkan tohmahan dengan mengatakan pejuang ilmu sains ialah mereka yang memperjuangkan ilmu yahudi, mengagungkan agenda barat.
.
Berbeza dengan
budaya ketimuran dan tak sesuai dengan ajaran Islam. Di hujungnya, kitalah antara
yang tertinggal di belakang.
.
Sejujurnya, semenjak wabak Covid ini
menghantui masyarakat seluruh dunia, sepatutnya membuka mata kita. Betapa sebenarnya
kajian dalam masyarakat yang berasal daripada negara-negara Islam ini masih
belum cukup canggih dan laju untuk bersaing dengan negara-negara bukan Islam.
.
Lihat sahaja
di saat negara-negara dunia berusaha keras mencari vaksin yang dapat membantu,
berapa peratus vaksin yang dihasilkan daripada negara Islam? Tak apalah, bukan peratusan
itu yang menjadi ukuran. Sekurang-kurangnya sedar kita banyak tertinggal.
.
Konklusi,
tak salah untuk kita menjelajah ilmu Sains. Kalau betul kita nak membawa nama
agama, sepatutnya stigma kita perlu beralih dimensi. Kita perlu melihat
bagaimana aspek kajian ini boleh mengangkat pandangan dunia pada Islam. Itu jihad
agar agama kita tak sewenangnya ditindas dan dianggap kolot.
Bersambung…
12.6.2021 |
Sabtu | #HauraShare
Comments
Post a Comment