Skip to main content

ISLAM DAN SAINS: SUATU ANALISIS BAHAGIAN DUA

 


Rajah: Struktur Sumber Pembangunan Dunia Islam 


Islam pernah membangun dalam mempengaruhi dunia tradisi Sains Islam sepanjang zaman kegemilangan Islam terutamanya pada abad ke-8 hingga ke abad ke-16.

Perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang sains kontemporari melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan yang menguasai pelbagai cabang ilmu dengan menyumbang banyak karya/ hasil kajian yang masih dijadikan rujukan sehingga kini biarpun selepas beberapa dekad dan abad. 

.

Namun begitu, pengaruh Islam juga melalui kejatuhan sepertimana pengaruh-pengaruh yang lain. Kejatuhan empayar Islam ketika itu juga membuatkan pemilikan ilmu sains yang bersandarkan ajaran Islam mulai tenggelam di laut dalam sedikit demi sedikit sehinggalah apa yang kita pelajari harini, yang mana menghampiri keseluruhannya banyak dipengaruhi oleh pandangan Barat yang mencorakkan ilmu sains mengikut pandangan mereka. 

.

Apa yang perlu diketahui, Islam bukan datang untuk menolak semua kajian moden yang ada. Islam datang untuk membina satu rangka kerja yang lebih menyeluruh dan menjawab segala tohmahan terhadap sudut pandang dunia keilmuan Islam. Hakikatnya, Islam bukan datang untuk bertanding falsafah mana yang lebih baik. Tetapi, terlalu banyak kekurangan yang tercipta sehingga menggangu ekosistem kehidupan yang mendesak satu perubahan mendadak untuk memandu pelayaran keilmuan agar tetap "on track" dan memiliki satu kerangka kerja yang komprehensif dan holistik. 

.

Dunia falsafah Islam datang dengan menekankan tentang falsafah Sains Islam dan membuka mata penyelidik tentang mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli sejajar dengan perkembangan ilmu sains moden dengan berpandukan Al-Quran dan Hadis.

Integrasi tidak terhenti pada usaha untuk memilih mana-mana ayat yang dirasakan sesuai dengan ilmu yang kita pelajari, malah itu bukanlah cara terbaik untuk kita menyatukan kedua disiplin ilmu ini. Cara yang terbaik ialah mengolah ayat-ayat Al-Quran yang berkenaan dan menjelaskan tentang hubungkait bukti Al-Quran dengan pandangan dunia Islam (Islamic Worldview) yang sedang kita rangka dan bina. 

.

Matlamat sebenar falsafah sains Islam ialah untuk menjadikan penyelidikan kita pada hari ini mengeratkan hubungan antara kita sebagai hamba dengan Allah, Yang Maha Pencipta. Penjelasan ilmu melalui kedua disiplin ilmu ini perlu mengetengahkan elemen fizikal dan nilai spiritual, yang bukan hanya menggalakkan pengembangan ilmu malah membantu untuk meningkatkan keimanan dan berpegang pada jalan yang benar. Perjalanan memahaminya tidak mudah, kerana hakikatnya perjuangan itu tidak dibentang dengan permaidani merah. Apa yang penting ialah ketersediaan kita untuk menjejaki apa yang kita perlu untuk kuasai. Ikhlaskan niat. 

InsyaAllah jika kita jujur dengan Allah, Allah akan permudahkan urusan kita.

......

Apa sebenarnya cabaran yang dihadapi penyelidik Muslim masa kini? Bagaimana untuk menghadapinya?

.

Bersambung...

#HauraShare


30/7/2021 | Jumaat | 20 Zulhijjah 1442H 

Comments

Popular posts from this blog

Ujian itu Menguatkan Bukan Melemahkan

Pernah tak, ada satu masa dalam kehidupan kita ni kita rasa susah, kita rasa ujian yang datang tu bertimpa-timpa? Mesti pernah kan? Kita duduk sendirian di sudut bilik dan menangis sepuasnya sampai bengkak mata-mata. Apa yang banyak kita persoalkan ketika itu? Biasanya, kita akan tanya pada orang sekeliling, "KENAPA AKU?" Dan jawapan kita biasa dapat ialah  Sebab Allah sayang kau. Sebab kau mampu. Sebab kau istimewa. Sebab kau ada kami sebagai kekuatan. Namun, sejauh mana kita mengerti setiap ujian itu sebab Allah sayang? Bagaimana nak yakinkan diri bahawa sebenarnya kita diuji sebab kita mampu? Apa yang membolehkan kita yakin kita benar istimewa? Adakah betul orang sekeliling kita boleh membantu dalam menyalurkan kekuatan?  Semua persoalan itu akan perlahan-lahan menemui jawapan sekiranya kita menilai menggunakan Hati. Sekiranya hati yang kita membina keyakinan dan sentiasa menyimpan hanya perkara yang positif di hati akan melahirkan pemikiran dan mempengaruhi tindakan yang ...

REZEKI : Rahsia Yang Tak Pernah Tersalah Alamat

  Rezeki itu satu ujian? Kenapa? Sebab bagaimana mata hati kita memandang rezeki itu yang menjadi ukuran. Rezeki yang melimpah ruah ujiannya untuk disyukuri, rezeki yang terkadang susah ujiannya untuk tak henti diusahakan, tawakkal dengan janji pasti Illahi.  Ada masanya kita mengeluh. Merasakan rezeki kita sempit. Meniaga tapi tak maju, mohon kerja tapi tak dapat-dapat. Itu belum lagi cerita usaha nak nikah tapi Allah masih belum permudahkan jalan, ada yang nak anak tapi belum waktunya. Ada yang nak sambung belajar tapi komitmen hadir untuk mengikat. Ada yang nak kejar cita-cita tapi ruang masa dan tenaga membuatkan impian tersekat. Banyak cerita, tetapi hakikatnya membicarakan satu perkara, Rezeki.  Rezeki? Apa sebenarnya rezeki? Ada yang memandang harta 7 keturunan, duit berkepuk-kepuk itu sebagai manifestasi rezeki. Tambah pula dengan rumah besar, kereta mewah, dipandang sebagai rezeki rumah. Namun, sejauh mana betulnya pandangan ini?  Hakikatnya, rezeki itu tak ...

Memilih Untuk Menangis

Saat aku berendam air mata,  Saat aku berasa terluka,  Saat aku dihimpit lara,  Dihujani dengan ujian yang menguji aku sebagai hamba, Aku memilih satu sahaja Ya Tuhan iaitu memendamkan,  Lalu aku luahkan padaMu kerana aku tahu Engkau Maha Mengetahui,  Tanpa aku cerita, Engkau sudah lama mampu membaca, Dan aku tahu sebenarnya tika itu aku memilih untuk menangis,  Semata untuk mencari makna kuat,erti sabar dan hebat syukur.  Wahai Tuhan,  Jadikanlah aku wanita yang kuat  Yang mampu bertahan walaupun digemparkan dengan petir dan kilat.  Wahai Tuhan,  Jadikanlah aku insan yang sabar  Walau terkadang kepercayaan dan kekuatan aku tercabar.  Wahai Tuhan,  Jadikanlah aku hamba yang bersyukur  Walau terkadang badai melanda menolak aku hingga tersungkur.  Aku yakin dan aku percaya  Hanya padaMu dapat aku meminta dan mengemis  Walau akhirnya aku memilih untuk menangis  Kerana aku juga percaya,  Mena...