Kita diuji untuk menguatkan bukan untuk melemahkan. Ada masanya kita rasa susah, mungkin kesempitan dari segi kewangan, kesihatan mahupun diuji dengan apa jua sisi ujian kehidupan. Ketika itu, hati kita mudah untuk mempersoalkan, kenapa kita yang dipilih untuk teruji begini, mengapa kita yang diletakkan dalam keadaan begitu dan begini dan sebagainya. Mata kita ketika itu hanya akan nampak diri kitalah paling susah, ujian kitalah paling besar. Paling penting, kita akan rasa kira lemah, tak mampu buat apa-apa untuk memperbetulkan keadaan. Bermula dari situ, kita mulai hilang jejak diri sendiri, Sesungguhnya selepas setiap daripada kesulitan, pasti akan ada kesenangan. (Surah Al-Insyirah: 5) Allah sendiri berjanji, setiap daripada kesusahan yang kita rasa, pasti akan ada kesenangan selepasnya. Bagaikan ada pelangi selepas hadirnya hujan. Sebab itu, kita kena yakin yang tak ada kesusahan yang tiada penghujung. Jadi, tak perlu bersedih lama-lama hanya mengenang kesusahan; bangkit darip...