Skip to main content

Posts

ISLAM DAN SAINS: SUATU ANALISIS BAHAGIAN DUA

  Rajah: Struktur Sumber Pembangunan Dunia Islam  Islam pernah membangun dalam mempengaruhi dunia tradisi Sains Islam sepanjang zaman kegemilangan Islam terutamanya pada abad ke-8 hingga ke abad ke-16. .  Perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang sains kontemporari melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan yang menguasai pelbagai cabang ilmu dengan menyumbang banyak karya/ hasil kajian yang masih dijadikan rujukan sehingga kini biarpun selepas beberapa dekad dan abad.  . Namun begitu, pengaruh Islam juga melalui kejatuhan sepertimana pengaruh-pengaruh yang lain. Kejatuhan empayar Islam ketika itu juga membuatkan pemilikan ilmu sains yang bersandarkan ajaran Islam mulai tenggelam di laut dalam sedikit demi sedikit sehinggalah apa yang kita pelajari harini, yang mana menghampiri keseluruhannya banyak dipengaruhi oleh pandangan Barat yang mencorakkan ilmu sains mengikut pandangan mereka.  . Apa yang perlu diketahui, Islam bukan datang untuk menolak semua kajian moden yang ad...
Recent posts

ISLAM DAN SAINS: SUATU ANALISIS BAHAGIAN 1

               Islam dan sains. Two areas that once believed to have clear contradistinction. Dulunya, penuntut ilmu sains bagaikan menerima   pandangan skeptikal daripada masyarakat. Kononnya, menuntut ilmu keduniaan semata. Tak kurang juga yang melemparkan tohmahan dengan mengatakan pejuang ilmu sains ialah mereka yang memperjuangkan ilmu yahudi, mengagungkan agenda barat. . Berbeza dengan budaya ketimuran dan tak sesuai dengan ajaran Islam. Di hujungnya, kitalah antara yang tertinggal di belakang. . Sejujurnya, semenjak wabak Covid ini menghantui masyarakat seluruh dunia, sepatutnya membuka mata kita. Betapa sebenarnya kajian dalam masyarakat yang berasal daripada negara-negara Islam ini masih belum cukup canggih dan laju untuk bersaing dengan negara-negara bukan Islam. . Lihat sahaja di saat negara-negara dunia berusaha keras mencari vaksin yang dapat membantu, berapa peratus vaksin yang dihasilkan daripada negara Islam? T...

RUDY HABIBIE DAN AINUN : ANTARA CINTA DAN CITA

  Terinspirasi dengan kisah cinta Rudy Habibie dan Hasri Ainun.  . Kisah cinta yang banyak mengajarkan tentang air mata, perjuangan dan pengorbanan. .  Bagaimana walau bermula di buku yang berbeza, akhirnya boleh melakarkan kisah bukan hanya di buku yang sama malah di halaman yang serupa.   Perjalanan hidup mereka berdua tak mudah. Keduanya berjuang dengan lelah dan darah untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Mereka mengajar cinta itu bukan soalnya dengan siapa tetapi bagaimana kisah cinta itu berjalan dan dimanfaatkan. Satu cita yang sama menyatukan dua figura hebat daripada bidang yang berbeza namun memberi impak yang besar buat bangsa. Benar, yang penting untuk kita fikirkan ialah apa rancangan kita di masa depan.  Cinta? Cinta betul akan membawa kebahagiaan. Tetapi satu yang kita tak boleh untuk nafikan, kita mungkin perlu kehilangan cinta andai cinta yang ada tak mampu mendukung cita atau tak mampu menjadikan diri kita lebih berguna. Kehilangan?...

REZEKI : Rahsia Yang Tak Pernah Tersalah Alamat

  Rezeki itu satu ujian? Kenapa? Sebab bagaimana mata hati kita memandang rezeki itu yang menjadi ukuran. Rezeki yang melimpah ruah ujiannya untuk disyukuri, rezeki yang terkadang susah ujiannya untuk tak henti diusahakan, tawakkal dengan janji pasti Illahi.  Ada masanya kita mengeluh. Merasakan rezeki kita sempit. Meniaga tapi tak maju, mohon kerja tapi tak dapat-dapat. Itu belum lagi cerita usaha nak nikah tapi Allah masih belum permudahkan jalan, ada yang nak anak tapi belum waktunya. Ada yang nak sambung belajar tapi komitmen hadir untuk mengikat. Ada yang nak kejar cita-cita tapi ruang masa dan tenaga membuatkan impian tersekat. Banyak cerita, tetapi hakikatnya membicarakan satu perkara, Rezeki.  Rezeki? Apa sebenarnya rezeki? Ada yang memandang harta 7 keturunan, duit berkepuk-kepuk itu sebagai manifestasi rezeki. Tambah pula dengan rumah besar, kereta mewah, dipandang sebagai rezeki rumah. Namun, sejauh mana betulnya pandangan ini?  Hakikatnya, rezeki itu tak ...

Bersahabat Sampai Syurga

💓  Lama tak meluahkan cerita kat sini. Kepada yang menjadi sahabat, ketahuilah ini luahan tentang anda.  Aku selalu kata aku perlu hijrah daripada aku yang lama. Berhijrah untuk menjadi yang lebih baik. Daripada tudung pendek, perlahan-lahan aku belajar untuk bertudung sikit labuh. Walau mungkin belum sepenuhnya sempurna, tetapi ia dalam perjalanan. Perjalanan yang menuntut banyak pengorbanan. Dan kenapa aku masih kuat hingga sekarang? Salah satunya aku dikurniakan Allah sahabat-sahabat yang tak henti memberi pesan, yang tak jemu doakan dan yang sentiasa ada untuk teman.  Dari Nu'man bin Basyir R.A, Rasulullah bersabda: Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih dan sayang di antara mereka adalah umpama sebuah tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.                    -Hadis Riwayat Muslim-   Teman yang paling baik adalah apab...

Maruah Insan Bernama "WANITA"

Sombong bukan sebab perasan cantik tapi sebab memelihara maruah. Itulah sebaik-baik wanita. -Ustaz Kazim Elias

"PRANK" BUDAYA BARAT YANG MAKIN MENDAPAT TEMPAT

          Budaya "prank" bukanlah satu budaya yang lagi asing dalam kehidupan masyarakat dan semakin hari semakin mendapat tempat bukan semata di negara luar malah di negara Malaysia yang majoritinya berketurunan Melayu ini sendiri. Betapa sebenarnya tanah berdaulat ini dicemari oleh sambutan yang tidak langsung memberi apa-apa kepentingan buat mana-mana pihak.     Terikut dengan budaya ini sebenarnya meletakkan seseorang dalam keadaan bahagia yang sememangnya tak tahu punca yang mendatangkan makna bahagia. Bahagia ke melihat sahabat kita terkulat-kulat tak faham dengan apa yang berlaku. Bukan nak kata tak marah tapi akhirnya hanya dipasangkan dengan senyuman palsu. Itu belum lagi reaksi mereka dirakam dan diviralkan di pelbagai media sosial.          Betapa banyaknya mereka yang terikut, dalam sehari kita 'scroll' akaun media sosial kita, pasti akan ada sekurang-kurangnya satu video yang menyebarkan respon "prank" yang d...